.
.
Posted on Saturday, October 04, 2008

UMNO SITIAWAN BANDAR MELAKUKAN IBADAH SODAQATUL JARIAH

By umnositiawanbandar at Saturday, October 04, 2008


KETUA UMNO CAWANGAN SITIAWAN BANDAR DAN KETUA UMNO BAHAGIAN LUMUT BERGANDINGAN BAHU MELAKSANAKAN KONSEP BARAKAH DAN BERKEBAJIKAN.ZIARAH WARGA EMAS ADALAH RUTIN DI DALAM RAMADHAN DAN DI LUAR MADRASAH RAMADHAN BAGI UMNO CAWANGAN SITIAWAN BANDAR

SUMBANGAN YANG DISAMPAIKAN OLEH YB KETUA UMNO BAHAGIAN LUMUT KEPADA SALAH SEORANG WARGA EMAS DALAM PROGRAM ZIARAH DAN SODAQATUL JARIAH RAMADHAN YANG DIJAYAKAN OLEH UMNO CAWANGAN SITIAWAN BANDAR DI BAWAH KEPIMPINAN BARU.


17September,Sitiawan. UMNO Cawangan Sitiawan Bandar sekali lagi menunaikan tanggungjawab utama menjelang kehadiran Syawal.Sebagaimana biasa, UMNO Cawangan Sitiawan telah menjadikan Program Sodaqatul Jariah menjelang Syawal sebagai program berunsur kebajikan.Langkah ini telah lama dilaksanakan oleh UMNO walaupun tidak berkokok seperti PAKATAN RAKYAT yang hanya mahukan negeri Kebajikan TETAPI sejak 7 bulan memerintah masih ramai lagi yang daif di Manjung . Program yang dijayakan ini berbentuk Penyampaian sumbangan hari raya kepada ahli UMNO Cawangan Sitiawan Bandar.Majlis ini telah diadakan pada jam 11.00 pagi.Ianya telah disempurnakan Y.B Dato Dr Zambry Bin Abdul Kadir.Penerima sumbangan ini ialah 5 orang orang warga emas ahli UMNO cawangan Sitiawan Bandar.Modus Operandi yang telah digunakan ialah lawatan ke rumah-rumah ahli seperti Puan Hjh Zaleha,Puan Hjh Ramlah Bt Abd Rani,Puan Hjh Rabaiyah,Puan Min Sariah (ahli yang paling tua 84 tahun)dan Puan Rokiah.Mereka yang menerima sumbangan ini, bersyukur kerana UMNO tetap mengenang jasa orang terdahulu dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.Mereka berharap agar, semangat perjuangan orang dahulu dapat dikekalkan oleh generasi muda yang berada di dalam UMNO sekarang.