UMNO Cawangan Sitiawan Bandar mengambil pendirian berharap agar pucuk pimpinan dapat mempertimbangkan supaya mengekalkan tarikh PA UMNO sebagaimana tarikh asal iaitu pada 16 hingga 20 Disember.Ini adalah kerana, lanjutan tarikh PA UMNO akan menyebabkan gejala politik wang sukar dikawal.Walaupun ianya kadangkala sukar dielakkan, namun gejala ini diakui sendiri oleh MT UMNO.Justeru, langkah bijak yang perlu di ambil ialah mengadakan PA UMNO seperti tarikh asal.Pelan Peralihan kuasa masih boleh diteruskan pada MAC.UMNO mengizinkan Pak Lah untuk menjadi PM sehingga Mac walaupun tradisinya Presiden akan menjadi PM.Tolak ansur antara DS Najib dalam hal ini membuktikan beliau sayangkan UMNO dan menghormati ketua.Dalam pada itu, UMNO Cawangan Sitiawan Bandar berharap agar jawatnkuasa baru yang bakal menang di dalam pemilihan bahagian UMNO nanti, dapat membawa wadah perjuangan UMNO sebenar iaitu memartabatkan nasib Melayu di Bahagian Lumut.Kita sudah tiada masa untuk berkelahi dalam hal politik murahan kerana agenda Ketuanan Melayu perlu di bawa kembali di dalam arus politik Perak.Bagi calon-calon yang tewas, UMNO cawangan Sitiawan Bandar berharap, agar mereka terus bersama-sama berkhidmat memajukan parti dan Melayu bersama Ketua Bahagian YB Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.Jadikan, persaingan hanyalah untuk perlawanan dan bukannya persaingan memutuskan persaudaraan.
Selamat Bersidang kepada semua perwakilan Bahagian Lumut.