Nizar merupakan orang luar bagi DUN Pasir Panjang dan ditakdirkan menang kerana orang Melayu di DUN Pasir Panjang tidak dapat menerima hakikat MIC sebagai calon mereka.Mereka mahukan Melayu.
PIC 1 : KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG
PIC 2 : DISINILAH SEMUA URUSAN PEMBANGUNAN DAERAH DILAKUKAN.
Perjuangan menegakkan nasib bangsa Melayu di Bahagian Lumut diteruskan oleh UMNO selagi mana ia diterima rakyat. UMNO hanya mempunyai sebuah kerusi di Bahagian Lumut dan satu lagi kawasan diberi hak kepada MIC. Kerusi DUN Pasir Panjang dari dahulu sampai sekarang diperjuangkan oleh UMNO di peringkat cawangan dan bahagian dalam ucapan usul untuk diserahkan semula kepada UMNO.Ketika kerusi DUN berkenaan diwujudkan,Anwar Ibrahim adalah di antara pemimpin UMNO ketika itu yang menghalang UMNO supaya mengambil kerusi berkenaan.Akhirnya Melayu akur dengan kata pemimpin. Melayu Lumut telah lama berdiam dalam hal perkongsian kuasa. 3 penggal ADUN MIC memerintah Pasir Panjang, namun harapan masyarakat Melayu di sana masih lagi tidak tertunai.Blogger sendiri berasa kecewa dengan tindakan ADUN-ADUN yang pernah mentadbir kawasan tersebut kerana pernah Blogger memohon peruntukan tetapi jawapannya, peruntukan untuk orang Melayu tanya sama "Wajdi" yang ketika itu merupakan ADUN Pulau Pangkor.Blogger minta untuk kali kedua sebelum election Mac 2008, jawapan yang sama diberi iaitu Melayu punya peruntukan minta pada "itu Dato Zamry".Blogger melihat senario kepimpinan ADUN Pasir Panjang dahulu dan sekarang hampir sama yang bezanya hanyalah sekarang Melayu (PAS) dan dahulu India (MIC).Tradisi tidak membela rakyat tetap sama.Kes reban ayam di Lekir, kes kilang kelapa sawit dan kes kolam udang tidak diperjuangkan.Dahulu PAS mengata UMNO, tapi sekarang PAS menjadi takut kerana risaukan Ngeh membuat teguran.Siapa punya reban ayam dan kolam udang?Jawapannya mudah iaitu mereka yang seketurunan dengan Ngeh.
Perubahan tampuk kepimpinan berubah pada Mac 2008.Blogger melihat ini bukan satu kejutan kerana pertama pucuk kepimpinan MIC sendiri tidak mahu calonkan anak tempatan sebagai pemimpin.Kedua, pucuk kepimpinan UMNO tidak mengendahkan luahan hati UMNO Lumut.Kesannya, Kerusi DUN Pasir Panjang jatuh kepada PAS.Ini bukan kerana orang mahukan Nizar.Nizar pun bukan glamour sangat.Orang kampung blogger pun kenal dia selepas dia dilantik jadi MB.Sebelum ni Nizar orang luar.Nizar orang Kampar.PAS pun meletakkan calon luar.Apakah tidak ada calon anak tempatan?PAS dan MIC sama.Justeru, UMNO perlu memikirkan satu pendekatan supaya DUN Pasir Panjang diberikan kepada UMNO demi pembangunan Melayu Manjung.Kita tidak mahu lagi menjadi orang Melayu yang menang sorak kampung tergadai.Cukuplah apa yang berlaku.Dalam pada kita berlembut dengan Cina dan India, mereka tetap menghentam kita.Terang-terang kepimpinan MIC dan MCA serta Gerakan menempelak UMNO kerana pilihanraya kalah teruk.Yang peliknya, calon mereka yang kalah.UMNO tetap menang dalam BN.Mereka mengugut UMNO dan akhirnya UMNO perlu akur.Ada suara yang mahukan reformasi parti dan ada suara yang mahukan revolusi parti.Apapun, perubahan yang perlu dilakukan ialah menyerahkan tampuk pimpinan kepada golongan muda yang berumur antara 30 hingga 60.Yang berumur perlu berundur sebagai pemimpin tetapi perlu membantu sebagai ayah kepada anak.Mungkin kenyataan ini kasar dan pedas, tapi hakikatnya pemimpin UMNO terdahulu semuanya berumur dalam lingkungan orang muda.
Semoga Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Lumut dapat membawa usul membangun dan mempertahankan hak Melayu.Hidup Melayu ! Takbir !