.
.
Posted on Sunday, September 14, 2008

PENGHAYATAN SEMULA

By umnositiawanbandar at Sunday, September 14, 2008










ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Blogmaster mendokan agar semua ahli UMNO Sitiawan Bandar dapat menghayati asas tubuh UMNO.UMNO akan terkubur bukan kerana namanya, tetapi orang yang memakai baju UMNO itu sendiri.Justeru, marilah kita bersama, merapatkan saf UMNO Sitiawan Bandar selepas kita berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong pada 14 September 2008.Janganlah kita rungkaikan ikatan persaudaraan demi Islam dan Negara .Bagi yang berjaya memimpin UMNO Sitiawan Bandar, tekadkan azam menggunung memelihara niat suci UMNO yang sebenar.Seluruh jawatankuasa yang baru dilantik, ikrar kita ialah memartabatkan kesucian bangsa, Islam dan negara.