PIC 1 : GAGAH DI BAHAGIAN LUMUT.BAKAL MENJADI SINAR BARU HATI MALAYA 1957
PIC 2 : SESI PENDAFTARAN AHLI UMNO SITIAWAN BANDAR.KETUA UMNO CAWANGAN SITIAWAN BANDAR YANG BARU SEDANG MENYEMAK SENARAI AHLI
PIC 3 : CIKGU MEOR PENGERUSI TETAP UMNO CAWANGAN SITIAWAN BANDAR MEMULAKAN ACARA.
PIC 4 : ANTARA AHLI UMNO YANG HADIR.
14 September bersamaan 14 Ramadhan tarikh keramat bagi sebuah parti yang diberi nama UMNO Cawangan Sitiawan Bandar.Masuk ini, kali yang ke tiga UMNO Cawangan Sitiawan bandar mengadakan mesyuarat.Mehnah dan tribulasi berjaya diharungi oleh UMNO Sitiawan Bandar.Teman dapat tahu ada yang menggelarkan UMNO cawangan ini sebagai UMNO elit sebab ahlinya ramai yang berpendidikan.Bila teman hadir ke dalam mesyuarat kali ini, teman rasa memang betullah apa yang orang kata.Tuan Hj Jamaluddin tu dulu adalah bekas Syahbandar Perak.Hj Saipul pula kontraktor wibawa. Hj Hassan yang teman kenal pemilik syarikat pelukis pelan yang jatuh bangunnya di Sitiawan.Cikgu Meor bekas guru Bahasa Inggeris di SMK Ahmad Boestamam.Pak Brahim yang teman kenal seorang yang amat berminat dengan sukan bola sepak.Ketua cawangan baru (2009-2011) pula orang yang pernah teman kenal dalam usaha membanteras masalah juvana di Manjung sejak teman berada di sekolah menengah lagi.
Rupa-rupanya, dia baru pencen. Dalam ucapan penangguhannya, beliau menyatakan bahawa beliau baru pencen bulan lepas.Secara tak sedar, rupanya umur teman dah meningkat. Teman menjejaki perjuangan UMNO sejak berada di bangku sekolah iaitu sewaktu berada di Tingkan 6 Rendah di salah sebuah sekolah di Sitiawan. Masa itu, Ketua Bahagian Lumut Dato' Wajdi Ishak. Tapi sekarang semua dah berubah. YB Dato' Zamry telah mengambil alih tradisi kepimpinan UMNO dah masuk 2 penggal. Tahniah la Dato' menang tanpa bertanding.Masa teman join ABIM tahun 1995 , Dato' Zambry tak silap teman masih pegang jawatan Pengarah CELDEC ( under Tan Sri Muhyiddin). Teman suka sangat join dengan pelbagai persatuan NGOS Melayu seperti GPMS, ABIM dan MAYC.Bagi teman, hidup sebagai sukarelawan belia khususnya dalam GPMS membawa teman ke tahap ini.
Mungkin Pembaca akan mengagak teman ini orang GPMS. Macam teman katakan dari tadi, teman pernah jadi ahli ABIM Manjung, dan pelbagai pertubuhan yang lain.Apapun, bagi teman misi teman sekarang ialah Hati Malaya 1957 perlu dibangkitkan semula. Bukan apa, bak kata Tun M, Melayu Mudah lupa. Bagi teman, ahli UMNO cawangan teman ini janganlah mudah lupa.Teman yakin dengan Ketua Cawangan yang baru ini. Itu sebab, teman datang mesyuarat.UMNO perlu dipimpin oleh golongan muda yang berwibawa.Golongan yang telah lama berjuang, wajib memberi laluan kepada golongan muda mentadbir UMNO. Bagi teman, dalam parti, usia antara 35 hingga 60 tahun tu kira mudalah. Tapi, jika ada banyak idea, maka teruslah tadbir UMNO walaupun dan mencecah usia 80 tahun.Yang penting, accountibility perlu ada.
Teman rasa setakat ini sahaja penulisan teman untuk artikel ini sebab teman ada keroje nak buat. Teman lebih suka cakap loghat Perak sebab teman anak jati Perak. Blog ini, teman rasa blog cawangan yang pertama kot di Perak. Apapun, blog ini akan menjadi pewaris kegemilangan UMNO.UMNO perlu bangkit dengan penulisan sebagaimana Za'aba.Hidup Melayu! Takbirrr!