.
.
Posted on Saturday, September 20, 2008

KEJAYAAN ADUN PASIR PANJANG SEHINGGA KINI

By umnositiawanbandar at Saturday, September 20, 2008



1.Kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Mohamad Nizar Jamaludin akan memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun.Yang bakal menerimanya hampir 50 000 bukan bumiputra.Pemberian tanah di zaman selepas merdeka hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.

Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja seingat saya
.Tujuannya hanya satu iaitu mendapat political milege dari kumpulan tertentu.

2.Pemberian tanah kepada pemilik Sekolah persendirian Cina untuk dijadikan pelaburan menjana dana. Nizar tak nampak ke, semua sekolah Cina ada Lembaganya yang tersendiri dan hebat dalam pencarian dana. Mengapa tdak sekolah tamil atau naik taraf SAR kepada lebih berinfastruktur tinggi. pelik betul la Nizar ni.Dia ni MB untuk rakyat Perak atau untuk orang Cina sahaja atau untuk DAP semata-mata.

Lepas ni tak tahu apa lagi yang Nizar nak bagi.Untuk umat Islam Perak...pocik yillek.Orang Melayu macam teman dan pengundi di KADUN Pasir Panjang boleh dapat tanah kubur free sahajalah.